picture8.jpg

Latar Belakang & Objektif

Halaman Utama
Latar Belakang & Objektif
Sejarah 4B Malaysia
Ahli Jawatankuasa Penaja
Syarat-Syarat Keahlian
Hubungi kami
Kalendar Program
Kompang
Sudut Berita
Pentadbiran & Pembangunan Belia
Biro Keahlian & Latihan

LATAR BELAKANG

  •                Gerakan Belia 4B Malaysia merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) dan satu-satunya pertubuhan belia yang terdiri daripada belia dan beliawanis yang mana majoriti ahlinya adalah dikalangan bumiputera dan orang melayu. Pertubuhan ini juga berada dibawah gabungan Majlis Belia Selangor (MBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

 

  •                 Belia adalah pemimpin pelapis dan generasi yang perlu di bimbing ke arah yang lebih dinamik dan berwawasan. Justeru itu, inisiatif penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Sri Idaman akan menjadi pemangkin kepada belia dan beliawanis kampung ini untuk menangani masalah-masalah dan gejal sosial yang semakin mengancam golongan ini.

 

  •                Sehubungan dengan itu, bagi memastikan matlamat negara tercapai, penubuhan pertubuhan belia di kampung ini amat penting bagi membantu kerajaan membendung dan mendidik belia ke arah yang lebih berwawasan.

OBJEKTIF

3.1             Objektif utama penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Sri Idaman adalah untuk memantau aktiviti remaja dan belia di kawasan ini serta dapat mengadakan aktiviti-aktiviti riadah, kemasyarakatan dan aktiviti sosial yang boleh disertai oleh remaja dan belia di Kampung Idaman.

 

3.2             Menjadikan pertubuhan Gerakan Belia 4B ini sebagai platform generasi muda untuk membentuk genarasi yang berwawasan.

 

3.3             Membentuk generasi yang berketrampilan dan berdikari serta membentuk jati diri yang unggul sebagai pemimpin pelapis.

 

3.4             Menjadikan pertubuhan ini sebagai pusat latihan melahirkan generasi yang berkarisma dan dapat menangani gejala-gejala sosial.

 

Di kemaskini pada 08 April 2008